Sunday, August 14, 2011

doa dalam sujud sahwi?

Assalamualaikum...

Aiyoo..biasa nya keja aku copy and paste ja kan... kali ni sebelum aku mengopi n paste, meh la aku bg konklusi dulu apa yang aku baca... Hehe...

Dalam artikel ni ada 1 benda yang menarik perhatian ku:

- doa ketika sujud sahwi yang biasa di amalkan di negara kita ialah :
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو (Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.)
Rupa-rupa nya ini BUKAN bacaan yang di ajar oleh Rasulullah. (Senang cita ini adalah bidaah).

"Tentang bacaan سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو  Subhaana man laayanaamu walaa yashuu (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa), ianya bukan dari sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan seluruh salaf al-Ummah termasuk imam-imam mazhab yang empat.
Muhammad Abdussalam Khadr al-Syaqiry rahimahullah berkata:
Tidak pernah diriwayatkan sesuatu doa yang khusus untuk sujud sahwi daripada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Doa yang dibacanya (shalallahu 'alaihi wasallam dalam sujud sahwi - pen) adalah sama seperti doa yang dibaca ketika sujud biasa. Adapun pendapat yang mengatakan bahawa bacaan saat sujud sahwi adalah سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو  adalah tidak benar kerana ianya tidak pernah diamalkan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabatnya. Tidak ada dalil yang berasal dari sunnah yang menunjukkan bacaan ini. Doa itu sebenarnya adalah doa yang diperolehi dari mimpi sebahagian kaum sufi. Oleh kerana itulah, jangan mengerjakan doa tersebut. Ambillah urusan agamamu dari kitab-kitab hadis yang sahih.[13] 




tapi bila fikir punya fikir, doa ni macam best pula di guna sewaktu terlupa sesuatu, contohnya time exam bila lupa n mo kasi ingat balik ka.. cuba try baca doa ni.. (Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa).

Hehe.. ni cuma suggestion ja..

p/s : Sorry..ayat aku memang berterabur dan tidak sedap untuk di baca. Haha. Susah rupanya bidang penulisan ni.. Hehe. :)


orait.. Salam. :) 

Saturday, August 13, 2011

cerita pasal doa :)

Salam...

Yahuu... kali ni aku kidnap lagi source dari orang lain... Dari Dr MAZA.. jum baca jum~ :) hee~
sebijik sebijik ni aku copy and paste.. sebab mana lah tahu link yg aku bagi xdapat buka..


Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab

**Artikel lepas tulisan Dr Mohd Asri yang dicadangkan untuk bacaan bersempena dengan Ramadhan ini**
ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.
Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang hakiki. Islam menganggap perbuatan memohon kemakbulan doa dari makhluk adalah syirik. Tidak kira siapa pun makhluk itu. Sama ada dia nabi ataupun wali.

Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya!
Perbuatan itu adalah syirik. Mukmin hanya meminta doa daripada Allah. Firman Allah: (maksudnya)
Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka (surah al- Ahqaf: 5-6).
Firman Allah: (maksudnya)
Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya (surah Fatir: 13-14).
Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti Abdul Qadir al-Jailani atau wali ‘songo’ atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan al-sunah.
Nabi s.a.w. begitu menjaga persoalan akidah ini. Daripada Ibn ‘Abbas:
“Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki.” Maka baginda bersabda kepadanya: Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki. (Riwayat al-Imam Ahmad dinilai sahih oleh Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 1/266).
Bandingkanlah ketegasan Nabi ini dengan ajaran sesetengah guru tarekat atau sufi yang mencetuskan segala unsur keajaiban pada diri mereka agar dikagumi oleh pengikutnya. Akhirnya, mereka seakan Tuhan yang disembah, atau wakil Tuhan yang menentukan penerimaan atau penolakan amalan pengikutnya. Bahkan untung rugi nasib masa depan pengikut pun seakan berada di tangan mereka.
Demikian juga, pengikut yang melampau, berlebih-lebihan memuja tokoh agama, akhirnya boleh terjerumus kepada kesyirikan. Terlampau memuja tokoh seperti itulah yang menyebabkan banyak individu dianggap keramat dan suci sehingga dipanggil ‘tok keramat’ lalu mereka seakan dimaksumkan. Kemudian, datang pula orang-orang jahil ke kubur mereka membayar nazar atau meminta hajat mereka ditunaikan. Sehingga apabila saya ke Urumuqi di China, ada satu gua yang kononnya dianggap tempat Ashabul Kahfi yang disebut dalam al-Quran itu.
Ramai yang pergi melakukan kesyirikan dengan meminta hajat di situ. Saya beritahu bahawa dalam dunia ini entah berapa banyak gua yang didakwa kononnya tempat Ashabul Kahfi. Ada di Turki, Jordan dan lain-lain. Semuanya dakwaan tanpa bukti. Sama juga kononnya tempat-tempat sejarah nabi yang didakwa oleh sesetengah pihak. Tiada petunjuk yang dapat memastikan ketulenannya.
Jika pun benar, mereka bukan tuhan untuk seseorang meminta hajat. Inilah yang terjadi kepada Nabi Isa. Dari seorang nabi yang diutuskan, akhirnya manusia menabalkannya menjadi anak Tuhan. Meminta hajat daripada orang-orang agama atau soleh setelah mereka mati adalah syirik. Islam tidak kenal perkara seperti itu. Islam tulen bebas dari segala unsur kebodohan tidak bertebing itu.

Ada yang cuba membela dengan menyatakan: bukan apa, mereka ini ialah orang yang dekat dengan Allah, kita ini jauh. Maka kita gunakan perantaraan mereka. Macam kita hendak dekat dengan menteri atau raja. Saya kata kepada mereka: Adakah awak menganggap Allah itu sama dengan tabiat raja atau menteri awak? Dakwaan inilah yang disanggah oleh al-Quran sekeras-kerasnya.
Firman Allah: (maksudnya)
Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) (al-Zumar:3).
Setelah Allah menceritakan tentang bulan Ramadan dan kewajiban puasa, Allah terus menyebut kemustajaban doa. Ia menunjukkan adanya kaitan yang kuat antara puasa Ramadan dan janji Allah untuk memustajabkan doa hamba-hamba-Nya. Allah berfirman (maksudnya):
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).
Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya.
Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya. Allah Maha Suci dari demikian. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung. Firman Allah (maksudnya):
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).
Seseorang kadangkala tidak perasan bahawa apabila dia berdoa kepada Allah sebenarnya dia sedang melakukan ibadah yang besar. Walaupun pada zahirnya kelihatan dia sedang memohon untuk kepentingan diri sendiri, namun hakikatnya dia sedang membuktikan keikhlasan tauhidnya kepada Allah dan ketundukan kepada Tuhan Yang Sebenar. Maka dengan itu Nabi menyatakan: Doa itu adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih). Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah yang besar.
Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin.
Namun doa tidak sia-sia. Pahala tetap diberikan, kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat. Sabda Nabi:
Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).
Maka, ada doa kita kepada Allah diterima olehnya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmat yang Allah lebih mengetahuinya, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga.
Betapa banyak keberbahayaan yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh Allah. Tidak juga kerana permohonan kita dalam perkara tersebut atau kebijaksanaan kita, namun barangkali doa kita dalam perkara yang lain, lalu diberikan gantian keselamatan untuk kita dalam perkara yang tidak diduga.
Kadangkala Dia tidak memberikan kepada kita sesuatu permohonan disebabkan rahmat-Nya kepada kita. Barangkali ingin menyelamatkan kita. Dia Maha Mengetahui, jika diberikan, mungkin kita hanyut atau menempuh sesuatu yang merugikan kehidupan di dunia atau akhirat. Kita pun demikian.
Bukan bererti apabila seorang bapa tidak tunaikan kehendak anaknya tanda kebencian terhadapnya. Bahkan sebahagian besarnya kerana kasih sayang dek bimbang jika diberikan akan mendatangkan kemudaratan. Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan kita semua, namun yang pasti rahmat-Nya sentiasa melimpah. Jika Dia menangguhkan doa kita, tentu ada hikmah-Nya.
Di samping itu hendaklah kita faham, doa itu bermaksud permohonan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa. Sebab itu saya amat hairan dengan sesetengah orang yang berdoa tanpa memahami maksud. Sesetengah mereka menghafal teks Arab kerana hendak menjadi ‘tekong’ doa dalam pelbagai majlis.
Malangnya, ada yang tidak faham apa yang dibaca dan yang mengaminkan pun sama. Ada orang merungut, kata mereka, umat Arab di Masjidilharam dan Masjid Nabawi tidak baca doa selepas solat beramai-ramai. Itu menunjukkan mereka tidak kuat pegangan Islam mereka. Saya katakan: Islam tidak diturun di kampung halaman kita, ia diturunkan di Mekah dan Madinah. Mereka melakukan apa yang menjadi amalan Rasulullah. Lagipun seseorang yang bersolat disuruh berdoa ketika dalam solat dan berwirid selepasnya.
Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa. Sabda Nabi:
Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).
Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:
Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).
Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.
Nasihatilah mereka yang membaca doa tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?
Benarlah sabda Rasulullah:
Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
Pelajari kita nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.

Friday, August 12, 2011

hmm.. :)

better late than never..
chaiyok-chaiyok khalidah..

hehe..

ayat-ayat inspirasi :)

Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak). - surah sad-38:25

(Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku) kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasaNya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti); dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. -surah al-Haj, 22:61

"Dan berdoalah dengan berkata: ` Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' " -surah al-mukminin- 23:29

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" 23:118

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
-Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - (surah al-mukminun 1-6)

-Allah, tiada Tuhan melainkan Dia,Yang Tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan.
-Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
-Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
-Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya.
-Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
-Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki.
-Luasnya Kursi Allah  meliputi langit dan bumi;
-dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
-Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar .
(ayat Kursi :)

doa yg besh :)

1)
"Ya Allah, daku memohon daripadaMu jiwa yang tenang,
yang beriman dengan pertemuan denganMu,
redha dengan ketentuanMu,
dan berasa cukup dengan pemberianMu.
Amin Ya Allahu Rabbi..
Amin Ya Allahu Rabbi..
Amin Ya Allahu Rabbal 'Alamiin.. "

2)
 "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"

3)
"Ya Allah, jangan engkau serah kan diri ku kepada ku walaupun sekelip mata. Baiki lah urusan ku ini keseluruhan nya. Tidak ada Tuhan melain kan engkau."

Monday, August 1, 2011

yang menarik perhatian ku =)

Assalamualaikum.

Meh baca meh...hehe..

1) Keterangan hukum wanita yang di datangi haid untuk memegang dan membaca Al-Quran.

2) Menghukum makruh jika mandi ketika puasa
Antara hukum yang ditokok tambah ialah kononnya makruh untuk mandi pada petang hari ketika berpuasa. Yang benar hukumnya adalah sunnah kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menyiram air ke kepalanya kerana haus atau panas. Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman radhiallahu 'anh berkata:
 
Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya sedangkan pada waktu itu baginda berpuasa. Yang demikian itu kerana kehausan atau kepanasan.[7]


Berkata al-Imam Syams al-Haq al-‘Azhim rahimahullah:[8]
Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa dibolehkan bagi orang yang berpuasa yang merasai kepanasan untuk menyiram air ke atas sebahagian badannya atau keseluruhan badannya. Ini merupakan pendapat jumhur dan mereka tidak membezakan antara mandi kerana suasana genting, sekadar perlu atau tanpa apa-apa alasan sekalipun.
 
3) suka ayat ni :

Nasihat penulis kepada para pembaca sekalian, tinggalkanlah sunnah kebiasaan masyarakat dan kembalilah kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Peganglah ia dengan teguh dan beramallah dengannya kerana ia dijamin oleh Allah sebagai sesuatu yang benar-benar baik. Berpegang kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah beramal dengan apa yang diamalkan oleh Rasulullah dan tidak beramal dengan apa yang tidak diamalkan oleh Rasulullah. 

Sunday, July 31, 2011

yang aku terlepas pandang tentang niat puasa.

Assalamualaikum.

Daripada wikipedia.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.  
 
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Saturday, July 30, 2011

orang yang berilmu tapi tidak mengamalkan ilmu.

Assalamualaikum.

Ekceli ni copy n paste ja dari 1 forum apa ntah x ingat..
Biasanya kalo aku curi 1 sumber aku akan serta kan link nya skali kan..
Tapi kali ni aku x letak link nya sebab ada salah sorang dalam forum tu mulut dia xda insurans, kin malu Muslimah ja. (-__-)
Tapi x rugi la jugak aku baca forum tu, tus dapat muhasabah diri.
Dan memandang kan artikel ni sangat lah panjang, n ada setengah nya aku x paham, jadi aku telah pendek kan n ambil sikit2 ja isi yang aku rasa penting.
Ni mo share la ni, enjoy~ :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AL FATH AR ROBBANI …….SHEIKH ABDUL KADIR JAELANI
Kuliah 13

MENDAHULUKAN KEPENTINGAN AKHIRAT ATAS KEPENTINGAN DUNIA 

Telah berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pada petang hari Selasa yang bertempat di Madrasah, pada tarikh 4 Zulkaedah, tahun 545 H.
Saudara! Dahulukan kepentingan akhirat atas kepentingan dunia. Nescaya kau akan mendapatkan keuntungan dari kedua-duanya. Bila kau mendahulukan kepentingan dunia atas kepentingan akhirat, maka kau akan rugi. Rugi dunia, dan rugi akhirat.

Orang mukmin beramal untuk kepentingan dunia dan akhiratnya, Amal dunianya dapat menghantarkannya ke darjat yang ia inginkan. Ia menerima sedikit dunia, sebesar bekal untuk naik kenderaan. Ia tidak ingin mengumpul kekayaan sebanyak-banyaknya.

Zat yang merajai segala-galanya adalah wahid (Esa) zat yang memberi mudarat adalah wahid. Zat yang memberi manfaat juga wahid. Demikian pula yang menggerakkan, menenangkan, mengusahakan, menaklukkan, memberi, mencegah, menciptakan dan yang memberikan rezeki. (Maksudnya Allah penentu segalanya.)

Dialah Allah Azza Wajalla. Dia zat yang Qadim, Azali dan abadi. Dia wujud sebelum makhluk, sebelum ayah ibu mu dan orang- orang kayamu. Dia jualah Pencipta langit, bumi dan seisinya: Firman Allah s.w.t.:
"Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (A.S. Asy-Syura, 1).
Sungguh sayang. Hai makhluk Allah, mengapa kamu tidak mengenal Penciptamu dengan sebenarnya?

Setiap orang yang beramal soleh, tentu akan dibukakan pintu yang ada di antaranya dan antara Tuhannya. Sehingga ia dapat dengan mudah memasukkan kalbunya ke dalam pintu itu. Sedang kau, hai orang alim(maksudnya orang yang berilmu), selalu sibuk berdebat, berbantah-bantah, memupuk kekayaan, sehingga, lupa mengamalkan ilmumu. Hal itu akan jatuh di hadapan ditanganmu dalam bentuk lahir tanpa batin. Jika Allah Azza Wajalla menginginkan salah seorang ham ba- Nya menjadi baik, maka ia tentu mengajarnya, kemudian mengilhamkannya dengan amal dan ikhlas li-wajhillah. Dia akan mendekatkan, mengenalkan dan mengajarkan kepadanya ilmu hati sirri yang telah dipilihkan untuknya, sebagaimana memilih Musa a.s. Firman Allah s.w.t.: "Dan Aku telah memilihtnu untukdiriku". (Q.S.Thaha, 41)

Saudara! janganlah kau putus asa dari rahmat Allah Azza Wajalla, akibat melakukan maksiat. Tetapi, basuhlah pakaian agamamu dengan air taubat secara bersambungan dan ikhlas.
Berilah pakaian agamamu itu minyak makrifat. Waspadalah terhadap kedudukan yang kau sandang ini. Sebab, bila saja kau berpaling, di sekitarmu pasti ada haiwan buas yang siap menyerbumu.
Di mana saja kau berada, di situlah datang berbagai fitnah di sekitarmu. Kembalilah kepada Allah Azza Wajalla dengan kalbumu. Janganlah kau makan dengan tabiatmu, syahwatdan kesenanganmu. Janganlah kau makan, kecuali ada dua saksi adil yang mengawasimu. Yakni kitab Allah dan Sunnah Nabi.

Allah Azza Wajalla, Dialah yang mengatur segala urusanmu. Kerana itu, terimalah apa yang difirmankan-Nya. Semua makhluk itu lemah. Tidak boleh memberi mudarat dan manfaat terhadap dirimu. Allah yang mengutus hal itu barangkali, Dia mengatur hal itu untuk dirimu dan untuk diri mereka. Segala sesuatu yang manfaat dan yang mudarat bagimu sudah dicatat oleh ilmu Allah s.w.t. Orang-orang yang mengesakan Allah Azza Wajalla dan yang soleh adalah 'hujjah Allah' atas seluruh makhluk. Di antara mereka ada yang lahir dan batinnya sunyi dari kesibukan duniawi. Ada yang hanya batinnya saja. Dalam batinnya tidak terlihat sesuatu. Inilah hati yang bersih dan suci. Barang siapa dikurniakan hati seperti ini, bererti telah diberi kerajaan dari makhluk. Ia dikategorikan pahlawan yang gagah berani.

Orang yang gagah berani ialah orang yang hatinya suci dari sesuatu selain Allah Azza Wajalla. Orang yang selalu berdiri di atas pintu-Nya dengan membawa pedang tauhid dan senjata syarak'.... Syarak dapat membersihkan lahir. Sedangkan tauhid dan makrifat dapat membersihkan batin.

Kau mengatakan,"Ini haram", tetapi kau lakukan. Kau mengatakan,"Ini halal", tetapi tidak kau lakukan, engkau gila.

Dari Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda yang ber- maksud:" Orang bodoh celaka sekali. Orang alim (berilmu)celaka tujuh kali".
Celaka sekali untuk orang bodoh, kerana ia tidak tahu. Celaka tujuh kali untuk orang alim ini, kerana ia tahu tapi tidak mahu mengamalkan ilmunya. Berkah ilmunya hilang, yang masih ada hanya hujjahnya. Belajarlah, kemudian amalkan. Lalu, menyendirilah di tempat yang sunyi. Sibuklah dengan mahabbah Allah Azza Wajalla. Bila mahabbahmu dan uzlahmu telah benar-benar beres, nescaya Allah Azza Wajalla akan mendekatkan dirimu kepada-Nya. Jika berkenan, ia akan memperkenalkan danmengorbitkan dirimu kepada seluruh makhluk. Juga akan menolakmu untuk menuntut bahagian- bahagian duniawi. Ia menurun angin ketentuan takdir dan ilmunya untukmu. Kemudian, meniup pagaiutembok 'khalwat'mu. Lalu kau menujunya dan Allah s.w.t. melihat urusanmu kepada makhluk. 

Allah Azza Wajalla telah mengumpamakan orang alim yang enggan mengamalkan ilmunya dengan binatang himar (kaldai). Allah s.w.t. berfirman:
"... seperti kaldai yang membawa kitab-kitab yang tebal". (Q.S.Jum'ahA).

Asfar adalah kitab-kitab tebal yang berisikan ilmu. Dapatkah kaldai memanfaatkan kitab-kitab ilmiah? Kitab-kitab itu hanya merupakan beban berat yang memayahkannya. Barang siapa bertambah ilmu pengetahuannya, hendaklah bertambah pula ketaatannya.
Hai orang yang mengaku berilmu! Mana tangismu, kerana takut kepada Allah Azza Wajalla? Mana kewaspadaanmu?
Mana pengakuan dosa-dosamu? Mana usahamu menghapuskan kegelapan dengan cahaya taat Allah S.W.T?

Mana didikanmu kepada jiwamu? Mana usahamu memerangi nafsu berahimu. Kepentinganmu terletak pada gamis dan serban, makan, minum, nikah, rumah, kedai dan bersenang-senang bersama makhluk.
Singkirkanlah dirimu dari himmah seperti itu. Kalau memang kau memiliki bahagian daripadanya, tentu akan datang tepat pada waktunya. Hatimu terlepas dari keluh kesah menanti kedatangannya. Hatimu selalu tertuju kepada Allah Azza Wajalla. Apa yang menjadi milikmu tiada hubungannya dengan keluh kesahmu itu jadi kepayahanmu sia-sia.
Saudara! Khalwatmu belum benar. Masih najis, belum suci. Apa yang kau amalkan?

Tauhid dan ikhlas belum ada di dalam hatimu.
Wahai orang-orang yang lalai! Hai orang-orang yang berpaling. Hai orang-orang yang meninggalkan segala-galanya!
Hai orang-orang yang tidak mengenal Allah Azza Wajalla dan Rasul utusannya! Hai orang-orang yang tidak mengenal ulama mutakaddimin dan ulamak mutakhirin!

Kamu bagaikan kayu balak yang melintangdi tengah jalan. Tidak dapat di manfaatkan sama sekali.
"Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksaan api neraka". ruffian 14

Tuesday, July 26, 2011

sekadar ingin berkongsi.

Assalamualaikum.

Malam ni aku x dapat tidur lagi. Kerana yang menggangu kini kembali.....

Dipendekkan cerita, aku mula di ganggu makhluk halus sejak tingkatan 3, selepas bilik ku di cat oleh kakak ku untuk mengisi masa cuti SPM nya. Pada malam itu aku tidur di bilik abang. Baru 5 minit memejam kan mata, diri sudah 50 peratus sedar antara alam nyata dan alam mimpi. Dalam separuh sedar, sedikit-sedikit aku rasa badan ku berat, sepertinya urat-urat badan ku di tarik ke dalam tilam. Kaki ku rasa ngilu seolah-olah kesejukan walhal bilik itu tidak pernah lah sejuk. Pada waktu itu, aku bermimpi yang aku berada di tempat gelap dan sangat menyeram kan. Keseorangan mencari jalan keluar. Kedengaran di telinga, suara lelaki yang agak keras, ketawa berdekah-dekah dengan kuat seolah-olah dia berada betul-betul di sebelah telinga ku. Aku meronta meminta tolong, tiada suara yang keluar. Cuba ingin berganjak tapi tiada daya. Selepas bergelut dengan sesuatu yang x pasti, akhirnya aku bangun juga. Panik. Segera mencari handphone dan menghubungi kawan yang dapat menemani ku pada waktu itu. Mujurlah waktu itu aku ada seorang kenalan dari universiti yang sering tidur lewat. Sejak itu jika aku di ganggu dia lah yang menemani ku sehingga pagi.

Ya, makhluk itu adalah lelaki / jantan. Sentiasa setia mendampingi ku x kira di mana aku berada. Di Labuan, Miri, KK atau di mana-mana sekali pun, suara ketawa yang ku dengari tidak pernah berubah. Tidak tahu lah apa yang lucu sangat yang membuat dia ketawa sangat berdekah-dekah ketika menghimpit ku. (-____-'')

Suatu malam ketika form 5, semasa aku mendengar rakaman suara ku sendiri ( memandangkan aku sangat x minat sejarah, satu2 nya cara untuk aku score sejarah adalah dengan membaca dan merekod keseluruhan buku teks sejarah dan ku dengar tiap malam sebelum tido, tiap pagi lepas bangun tido, ketika masak, menyapu dan segalanya lah. Hehe..) dengar dan dengar hingga lah mengantuk dan separuh sedar, lama-lama aku sedari suara record yang ku dengari itu bukan lah suara ku, tetapi bunyi nya seperti bunyi bising yang di buat oleh sekumpulan 'benda' yang aku pun x pasti. Nyaring, kuat dan ermm..xtau cemana mo terang. Mereka seperti berada di dalam badan ku, memenuhi segala ruang. (Betul-betul x tau cemana mo terang). Aku yang mamai pada waktu itu, memang mengetahui bahawa aku akan di himpit lagi pada malam itu. Pergelutan pun berlangsung seperti biasa, dan aku xdapat tidur selepas itu. Pergi ke sekolah dengan bermata 'panda' memang menjadi suatu kebiasaan. Tambahan pula mata ku memang kuyu. Haiya~ (X pandai bosan betul dia mengacau aku..-____-)

Ni lagi satu, pengalaman yang x dapat lupa. Kadang-kadang lucu juga bila aku teringat. Di pendek kan cerita, malam itu aku di himpit lagi. Seperti biasa, sewaktu aku mamai selepas aku bermimpi buruk. Pabila aku sedar yang aku x dapat bergerak, dengan penuh yakin aku membaca ayat kursi di dalam hati dengan harapan benda itu lari. Tapi maklum lah pada waktu itu aku tersangat lah mamai. Ayat kursi yang ku baca memang lah tunggang tebalik dan memang x betul. Mendengar sahaja bacaan ku yang agak hancus itu, ketawa derainya makin lah kuat. Seolah-olah dia mengejek ku. Ya, aku tahu aku bersalah. Oleh itu dalam keadaan mamai, aku berusaha berfikir apa yang aku boleh lafaz kan untuk menghalau nya pergi. Sesuatu yang simple supaya tidak tersalah baca dan ayat yang mampu menakutkan makhluk itu. Tiba-tiba terlintas di fikiran, "mengapa aku tidak azan? kan simple yet power tu.." Baru sahaja aku memula kan azan sekuat-kuat nya dalam hati ku, " Allahuakbar Allahuakbar", dengan serta-merta benda itu menjerit seperti kepanasan dan hilang begitu sahaja. Kali ini aku pula yang ketawa. Tak tahu kenapa rasa sangat lucu time tu. Mungkin puas hati sebab kali ni dia kalah.Ntahlaa...

Benda itu menggangu ku hingga lah aku masuk ke UITM. Sehingga ianya menjadi suatu kebiasaan yang membuat kan aku tidak rasa takut lagi bila di himpit. Kadang-kadang aku x akan melawan, aku biar kan sahaja dia menghimpit dan terus tido. Lama-lama pandai juga dia bosan bila aku tiada reaksi. ( Betul-betul x paham apa mahu nya sebenarnya. Ka dia nk bawa aku bermain?? X tahu...)

Yang lagi membuat ku berasa pelik, dalam keluarga ku hanya aku seorang yang di kacau nya. Walaupun aku tidur bersama kakak ku, tetapi kakak ku tidak pernah di ganggu walau sekali pun. Sampai sekarang menjadi tanda tanya yang besar pada diri ku. Mengapa mesti aku???

Tetapi semakin aku meningkat dewasa semakin kurang dia mengganggu ku. Di matrikulasi pun hanya beberapa kali dia mengganggu. Dan x sedar bila dia betul-betul hilang dalam hidup ku.

Baru-baru ni, aku di himpit lagi. Dan aku x pasti adakah ia benda yang sama kerana aku belum lagi pernah mendengari suara nya. Ya, ketawa nya adalah trademark nya dan aku sangat kenal bagaimana suara dan bunyi nya. Dan kali ini ketika dia cuba menghimpit seolah-olah dia lemah, himpitan nya tidak sekuat dan selama dahulu. Suara nya juga tidak kedengaran. Mungkin aku yang dahulu dan sekarang sudah sedikit berbeza. Berbeza dari segi apa hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.

Cerita ku ini bukan lah rekaan mahupun ada tokok tambah. Sememang nya ini adalah salah satu pengalaman hidup yang x kan aku lupakan. Bilakah ianya akan berakhir? Wallahu'alam.

Sekadar ingin berkongsi :)

pelajaran penting no 1.

Assalamualaikum.

Secara ringkas nya, kalo mo beramal mesti ada ilmu, MESTI. Menurut kata-kata yang aku curi dari link ni :


Syaitan memang tidak akan berhenti untuk berusaha menyesatkan umat Adam ini. Langkah ini adalah antara berbagai-bagai cara untuk menyesatkan manusia. Sehubungan dengan ini Islam mengajarkan satu nasihat penting iaitu ”tidak akan sesat umat manusia selagi mereka berpandukan Al Quran dan sunnah”. Memanglah apabila kita tidak berilmu maka kita akan menjadi sasaran mudah bagi syaitan menyesatkan manusia. Bagi kebanyakan manusia, apabila menerima bisikan syaitan melalui ajaran di atas, mereka akan melakukannya kerana secara kasarnya memang seronok dan menarik apabila ada khadam. Namun bagi mereka yang berilmu, bisikan syaitan ini adalah semata-mata ibarat perangkap tikus yang bertujuan untuk membunuh tikus sahaja.

Memang jauh beza nya menjadi seorang 'pengamal semata-mata' atau pengamal yang berilmu. Sebab aku sudah merasa perubahan nya. Jangan lah jadi pak turut semata-mata, tambah-tambah lagi sekarang zaman IT, semua nya di hujung jari. Guna lah kemudahan yang ada untuk mendekat kan diri kita kepada-NYA.


Insya-Allah. 
=)

Friday, July 22, 2011

suka! suka! :D

Assalam~^^

for the first time in my life, i discover the true meaning of my name.

siti = lady.
nur = light.
khalidah = immortal.

lady + light + immortal = the immortal light of a lady.

wahh!! smart! smart!
ngee~~ :D

Thursday, July 21, 2011

:)

try open this link.

Also got translation occording to your language. Very benificial~ :)
Semoga bermanfaat x kira di mana anda berada..

Salam.

Tuesday, July 12, 2011

lagu tema imam muda: hamba mu.

 Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

 Suluhkan cahaya hati di terang
(Ya Allah)
Tunjukkan jalan seandainnya hilang
(Ya Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah ku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan lah hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
(Ya Allah)
Tunjukkan jalan seandainnya hilang
(Ya Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah ku
Hamba mu Allah

Allah...Ya Allah...
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
(Ya Allah)
Tunjukkan jalan seandainnya hilang
(Ya Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah ku
Hamba mu Allah

always be there.

Maher Zain :)




 Allahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah..
  Capable of everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

Thursday, July 7, 2011

owh lega bila dapat tahu yang.......

Assalamualaikum semua~~(^___^)

Tiba-tiba telintas di fikiran tentang hidup di asrama sejak zaman matrikulasi sampai lah sekarang. Pernah sesekali berfikir yang bagaimana mo menutup aurat dengan kawan non muslim sepenuhnya dalam asrama. X kan lah mo pakai tudung 24 jam kan?

Seperti biasa, bila datang soalan-soalan macam ni di kepala, laju ja tangan 'google' mencari jawapan..

Lepas google punya google, lega nya hati bila jumpa petikan ni :

 "Kesimpulannya ialah dalam situasi yang dihadapi kebanyakan pelajar sekarang di Malaysia, harus bagi pelajar muslimah berpakaian biasa di dalam kawasan asrama di hadapan pelajar non muslim KECUALI didapati secara jelas bahawa mereka tidak amanah dalam menjaga maruah pelajar muslimah."

Maksudnya xpayah mo tutup betul-betul complete, pakai macam biasa sudah. Kira macam salah 1 rukhsah agama..

Petikan ini di kidnap dari blog orang juga.. Hehe.. Eh bukan blog, tapi wordpress.. Tapi sama lah jugak tu~ =)

p/s.. Kalo kamu perasan aku salu curi sumber dari orang..Hee.. Bukan apa, aku guna blog ni pun untuk rekod 'my new findings'.. Len kali senang rujuk balik.. 

K la, peace! (^__^)v

Tuesday, July 5, 2011

panduan solat

Assalamualaikum w.b.t.

20 tahun berlalu, aku solat berpandukan apa yang di ajar kepada ku sewaktu sekolah rendah. Tetapi baru hari ini aku terbuka hati ingin membuat 'checking' betul ka tidak cara aku solat selama ini.

As a muslim, mari lah kita sama-sama mempelajari kembali cara-cara solat yang sebenar. Tidak ada rugi nya mengambil sedikit masa untuk ini. Kerana sedia maklum amal ibadat yang pertama yang di hisab adalah solat.

Selamat belajar~ (^____^)


Suggestion source :
1)Youtube. (total ada 9 video semuanya, bermula dengan ini.)
p/s: Kalo rasa ada yang musykil pada video itu, carilah dari sumber lain yang anda rasa lebih yakin.

2) Baca ini. http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/

Wallahu'alam.
=)

greatest present for me.

Assalamualaikum.

Ingatlah setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Walau cemana pahit sekali pun dugaan dan cabaran hidup, pasti ada pelangi di sebalik nya. Kita mesti selalu berdoa untuk di kurnia kan segala yang terbaik dari-Nya. Mesti. Kerana perlahan-perlahan Allah akan memberi kan cahaya Nya untuk mu.

Alhamdulillah baru-baru ini aku di anugerah kan seseorang yang memberi sangat banyak tunjuk ajar, membuat aku merasa sangat kerdil kerana ilmu di dada sangat lah cetek. Tapi syukur lah dengan Allah mendatang kan dia kepada ku, aku dapat berfikir sebentar dan Insya-Allah dapat berubah kepada seseorang yang lebih baik, Insya-Allah.

Baru hari ini aku menyedari peristiwa pahit dalam hidup ku merupakan satu pengajaran hidup yang mendalam dari-Nya. Insya-Allah segala kesalahan ku yang lampau sedikit-sedikit akan ku baiki dan perelokkan.

Satu pesanan ku jangan pernah berhenti berdoa dan memohon pertolongan dan rahmat daripada Nya. Sesungguhnya Allah maha mendengar setiap hajat dan doa hamba-hambanya.

=')

ubat hati.

Sakit hati? Patah hati? Panas hati? Keras hati? Hati tidak tenteram? Cepat cemburu dengan kesenangan orang lain, tidak bersyukur, dan macam-macam lah.. Di sini ada penawarnya.
Meh kita dengar lagu dari Opick. =)

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi

bye-bye..
=)

Monday, July 4, 2011

khusyuk solat

Assalamualaikum w.b.t.

Kenapa solat sunat lagi senang mo khusyuk banding solat fardhu?
Kenapa time solat juga la time mo tringat mo buat itu buat ini, padahal habis ja salam kepala terus blank?

Aiyoo..tiap hari pun gini mana tahan owh~
Mana salah silapnya? jeng jeng jeng.....

Google pnya google, akhirnya terjumpa laman web ni. Memang nice.
Secara konklusinya, cara khusyuk solat yang bleh kita buat:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah. (owh ok, ternyata aku kuat makan. Pakaian, Insya-Allah di perbaiki =)

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik. (erm..I try..)

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apabila masa hampir luput. (Pass oledi~^^)

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. (betul3x)

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja. (ok2..I try..)

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. (x pa..telekung memang warna putih~^^)


Hehe.. 2 ja yang mo di kongsi.
Bye-bye and peace~(^___^)v

solat sunat

Assalamualaikum w.b.t.

Today I wanna share with you about my new findings = solat sunat. Solat sunat Duha and Rawattib seems familiar to me but some others like solat sunat Awwabin and Tasbih I never perform it yet.

To get close to thc Creator is the best way to get peaceful mind, heart and soul. Nothing is too late to built our love to Allah.


“Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam, tiada sekutu bagi-Nya, dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).’” (QS. Al-An’am: 162-163). 

Geting Started.

To all readers,
Assalamualaikum and Hello..

Past few days I just deleted my old blog since I cant express my true feelings and tought there. Some complicated things seems reappear back into my life but nevermind I will adapt with it soon. ( I hope!). I will use this blog continuously to fill up my holiday with something beneficial to me and maybe to you as well. Also I will use bilingual words since my english are nearly broken. Hehe.

"Yang baik datang dari Allah, Yang kurang datang dari kelemahan saya sendiri."

Bye-bye n salam.

=)